Wednesday, 27 February 2013

Akhirnya...tiba jua!

Alhamdulillah sesungguhnya aku amat besyukur padamu Ya Allah. Ini kerana dapat lagi aku menitipkan bicara di sini. Sesungguhnya pengalaman yang aku alami amat-amat berharga buat aku sebagai seorang insan. Banyak yang ingin aku coretkan..sekadar ingin berkongsi pengalaman. Yelah...bukan semua yang dapat mengalami seperti yang aku alami. Tanggal 16hb Februari 2013, aku memulakan perjalanan ke kampung untuk menhantar anak-anak. Setelah bermuafakat serta disebabkan keuzuran bapaku, kami menggambil keputusan untuk meletakkan anak-anak dibawah jagaan ibuku di kampung. Semasa menghantar mereka, aku rasa sedih sangat untuk melepaskan mereka. Kalau boleh..biarlah mereka dwkat dengan aku sepanjang masa...namun apa daya,keadaan tidak mengizinkan. 17hb februari 2013...dengan Bismillah dan tawakal, aku memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Ibu mertua dan mak saudara yang bersama dengan kami. Sesampai di Kuala Lumpur, aku ke tempat pendaftaran kemasukan wad setelah menghantar ibu mertua dan ibu saudaraku ke rumah kakak iparku. Setelah proses selesai..aku di tempat di wad A210. Seharian aku melayan perasaan yang asyik teringat anak-anak dikampung. Suamiku...tetap setia disisi... 18hb februari 2013, hari ini aku sibuk sangat. Yelah..kena buat echo, kena jumpa pakar fisioterapi, ada kaunseling, jumpa pakar anestatik serta last sekali jumpa pakar bedah aku. Masa jumpa pakar anestatik baru aku tahu, aku akan di operate pada sesi pagi..iaitu first session. Aduh! Makin berdebar rasanya..Ya Allah...kuatkan semangat hamba mu ini! Last benda aku kena buat ari tu ialah kena mandi dengan antiseptik yang dibekalkan. 19hb februari 2013, seawal pagi aku bangun dan mandi sekali lagi dengan antiseptik yang dibekalkan