Sunday, 28 July 2013

TABAHLAH SAHABAT!!!

   Salam Penuh Kasih Sayang...
Pagi semalam aku menerima PM ( Private Massage ) dalam facebook dari salah seorang sahabatku. Satu mesej yang ringkas...tapi amat..amat..AMAT..merentap jiwa. Ya..memang aku tersentap, terkejut, terperanjat malah semua yang TER...lah.
   Catatan mesej tersebut menyatakan bahawa salah seorang sahabat aku yang paling rapat berada dalam keadaan yang TENAT! Ya...tenat! Memang sebelum ini aku tahu beliau sakit. Tapi tidak aku sangka..sampai begini sekali keadaannya. Apa yang aku tahu..beliau juga baru lepas menjalani pembedahan sebulan sebelum aku menjalani pembedahan.
   Lepas beliau menjalani pembedahan..aku sempat bertanya khabar tentang keadaannya. Beliau menyatakan bahawa pembedahannya berjaya mengeluarkan tumor yang berada di kepala iaitu di belakang mata beliau. Masa aku mendengarnya..aku bersyukur..."Ya Allah..sesungguhnya aku bersyukur kepadamu..sesungguhnya ujian yang telah Engkau titipkan pada aku hanyalah sebesar zarah..namun aku menganggap ujian tersebut sebesar-besarnya dan aku alpa serta lupa bahawa ada insan lain yang lagi hebat ujiannya. Ampunkanlah hambamu yang terleka ini Ya Allah.."
   Namun apa yang aku bersyukur sangat..semalam aku sempatlah menjenguk beliau yang terlantar di rumahnya kerana kebetulan aku berada di kampung semalam. Selepas mendapat mesej tersebut..terus aku mengajak suamiku untuk menjenguk beliau. Tidak di nafikan..air mataku gugur jua kala aku melihatnya terbujur kaku diperbaringan. Suaminya serta anak-anak setia berada disisi menemaninya. Memang tanpa boleh diseka, air mata jernih ini jatuh jua..walau aku tekad sebelumnya untuk tidak akan menitiskan air mata..namun..aku tewas!

Bersama sahabat baikku! Beliau tiga dari kiri.






Monday, 8 July 2013

PANGKAT???...Bukan segalanya!!!

   Andai kita berpijak di bumi Allah S.W.T ini...pandanglah juga pada bumi yang mempunyai banyak kelebihan. Rumput yang menghijau..pasir yang hangat..batuan yang keras serta tanah yang gebu. Jangan hanya berjalan dengan muka menongak ke langit. Rasanya tak salah kalau sekali-sekala pandanglah juga ke bawah...manalah tahu andai semasa kaki memijak bumi..ada duri ke...ada paku ke...manalah tahu kan.

   Begitu jugalah dengan kita...walau setinggi mana kedudukan kita..mampukah kita buat tugas-tugas orang bawahan kita. Begitu juga dengan orang bawahan...mampu ke teraju atau mengemudi kerja yang di atas?? Pendek kata...kita hidup di muka bumi ini saling perlu memerlukan antara satu sama lain..saling melengkapi sesama kita...saling berganding bahu bak kata pepatah...berat sama dipikul..ringan sama dijinjing.

   Kedudukan bukanlah selamanya...ibarat roda yang berputar..sentiasa berpusing..andai tidak berpusing, mampukan roda tersebut membawa bebanannya. Sebab itulah roda itu diciptakan bulat..andai segi tiga..segi empat tepat waima heksagon sekali pun..manakan mampu benda alah ini semua membawa bebanan tersebut. Nak tak nak...kederat manusialah yang kena bawanya.

   Besar sangat ke kedudukan sampai ego begitu sekali! Cuba pergi ke Mekah...besar mana pun pangkat anda...tetap memakai pakaian berwarna putih!! Ini bermakna...pangkat bukan boleh menjamin segalanya. Mungkin pangkat kita tinggi kat tempat kita..tapi bila pergi tempat lain...pangkat kita hanya sekecil zarah je jika di bandingkan dengan orang lain.

   Manusia...bila EGO menguasai diri...kononnya kita lah yang paling berkuasa!! Hampeh!
Ada ke dalam undang-undang..ada ke dalam kitab..bila kita berada di atas..dah tak perlu orang lain. Hebat sangat ke ??? Sampai habis kerja orang lain kita nak buat...tapi kerja sendiri..orang bawah ni jugaklah yang kena settle. Bisu ke mulut andai mengeluarkan ayat-ayat yang sedap didengari oleh telinga! Cuba cakap elok-elok sikit! Bukankah orang Melayu kaya dengan adap dan sopan, bahasa yang indah untuk didengar. Tak akan kurang sikitpun andai berbahasa...bukan satu dosa pun KAN!!!

   Bukan apa..tetiba jer ari ni macam gelora sikit hati. Rasa cam na ribut CATRINA je. Nape ngan 'geng' cik kiah tu..hilang abis segala pangkat...segala ego yang ke langit!! Boleh pulak!!! Hangin tul ler...



   Jadi...sahabat semua..pandangan mata hendaklah sejajar supaya kita dapat melihat sekeliling kita. Dengan cara tersebut sahaja kita dapat menghayati keindahan dan kebesaran Ilahi..betapa banyaknya hidupan lain yang indah..cantik serta mempesonakan. Ingat lah...langit tidak selalunya cerah serta burung tidak akan selalu terbang tinggi kerana sampai masa..akan memijak di bumi jugak!!!

  

Ada Hujan dalam Hati...!!!!????

   Assalamualaikum...da lama rasanya x ber'blog' ni. Macam da na ber'kulapuk' da blog ni..bkn pe, busy lah gamaknya..hihi ( budget busylah sgt...tgn di bahu...mata terbeliak ke atas...)

   Klu na diikutkan story...banyak sangat story yang nak diceritakan...tapi pengurusan masa yang tak berapa nak pandai...cewahhh! Dalam minggu ni saja...macam-macam yang terjadi...segala macam rasa ada...pahit manis masam masin serta payau pun ada dan paling penting ada jugak masa ' ada hujan dalam hati'. Ramai tertanya-tanya...kenapa ek?? Menda yang jadi ek?? Pasal pe ek?? Sumenya ada tanda Tanya. Sebab semua org tengok...aku tetap happy sepanjang hari. Tapi...Hanya Yang Maha Kuasa sahaja yang tahu segalanya. Rasanya cam tak leh nak explainkan kat sini.

   Apa yang aku tahu..tetiba sahaja perasaan tersebut datang. Tak dapat nak dijelaskan..mungkin dari kekhilafan aku sendiri kot! Wallahu'alam. Tapi yang penting...walau apa pun yang jadi..aku tetap maintain senyum...maintain kacau orang...maintain sakat insan lain...hihi