Assalamualaikum...mungkin ada yang pelik kenapa story aku pasal pembedahan hanya separuh jalan sahaja...bkn pe, na uat suspen sikit! Jadik x??? Hehehe. Okeylah..no sambungan dia...jeng...jeng...jeng...
19.02.2013
6.00 am : Aku sekali lagi kena mandi dengan antibiotik yang dibekalkan.
6.30 am : Selesai aku bersiram..aku bersujud pada Yang Maha Esa..mungkin buat kali
terakhir..pun aku x tahu. Apa yang aku tahu, sesungguhnya pada pagi ini, aku
berserah segala-galanya hanya kepada Maha Pencipta, andai ini adalah sujudku
yang terakhir...aku REDHA! Namun andai masih ada peluang buat aku, aku mohon
yang terbaik!
7.00 am : Suamiku, ibu mertuaku serta kakak iparku berada disisi. Ahli keluarga ku yang
lain hanya mampu mendoakan aku dikejauhan! Banyak kata-kata semangat yang
dititpkan terutama oleh suami ku yang sentiasa menemani aku sepanjang masa.
7.30 am : Aku telah diarahkan untuk memakai baju yang dibekalkan. Perasaan??? Hanya
Allah SWT yang tahu! Kerana aku tahu, masanya telah tiba! Setelah aku menukar
pakaian, aku dibaringkan di atas katil dan ditolak untuk ke dewan pembedahan.
Sepanjang perjalanan ke dewan pembedahan...suamiku x henti-henti memberi kata
semangat. Digenggamnya erat tangan ku..dia pun tahu betapa semakin sejuknya
tangan aku! Sesampai di entrance dewan pembedahan,nurse yang bertugas bagitahu
bahawa mereka hanya boleh menghantar aku sampai disitu sahaja. Aku!!!Untaian
air mata mula turun tanpa hentinya..namun suami, ibu mertua n kakak iparku
tanpa jemu memberi semangat. Aku menggenggam tangan mereka seorang demi seorang
untuk memohon sejuta ampun dan maaf andai aku tersalah dan tersilap. Yang
paling penting ialah suamiku..ku mohon sejuta kemaafan, halalkan makan minum,
doakan aku selamat untuk bersama mereka semula!
7.35 am : Aku ditolak masuk kedewan pembedahan..namun sempat jua aku melampai ke arah
mereka! Lambaian terakhir?? Harapnya tidak! Aku ditempatkan di dewan persediaan
Seketika kemudian, ada lagi dua patient yang ditolak masuk. Semuanya lelaki
8.00am : Aku telah berada dlm dewan bedah. Doktor pakar bius telah berada disisi da
n memulakan prosedur iaitu dgn memasang line. Saat itu aku tanpa
henti mengucap kalimah Syahadah. Beliau memaklumkan bahawa akan mula
memberikan ubat bius. Seketika kemudian...gelap lah alam ini!
6.00 pm : Terdengar sayup-sayup suara memanggil namaku. Tapi kenapa mata ini
masih belum boleh bukak seluas-luasnya. Aku memang tak tahu siPa yang
memanggil andai tidak diberitahu. Alhamdulillah...rup-rupanya aku telah
selamat menjalani pembedahan. Yang aku tahu...mereka yang berada disisi aku
menitiskan air mata apabila melihat keadaan aku semasa itu. Ini kerana wayar dan
mesin yang berada di sekeliling aku! Semalaman aku berada di ICU dan
malan itu...nurse yang silih berganti menanti aku. Bantuan pernafasan aku hanya
dibuka pada pukul 4.00 am. Ini kerana semasa aku tidur..aku masih lagi
menggunakan alat bantuan tersebut. Tapi Alhamdulillah..saat-saat gentingtelah
aku lalui dengan selamat...