Friday, 30 November 2012

Percaturan yang Maha Kuasa adalah percaturan yang terbaik...

Alhamdulillah..pembedahan aku ditangguhkan. Syukur yang tak terhingga kerana ditangguhkan...Ameen...Ameen...Ameen!!( Walaupun Februari 2013 telah ditetapkan )

Setelah aku dibenarkan discaj ( walaupun sanggup tunggu doktor utk bagi result leh discaj pada kul 10.00 malam )semua ahli keluarga aku mula membawa haluan masing-masing dengan perasaan yang xtra sangat bersyukur. Sesungguhnya aku amat berterima kasih pada semua yang sanggup 'turun' untuk bagi semangat dan dorongan. Tak lupa juga pada sahabat aku...CT FATMAH dan AZIE yang sanggup bersama aku. Azie n Jai serta anak-anak tanpa jemu datang melawat aku saban hari..jasa kalian hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu membalasnya!

Kepada family serta yang paling utama kedua-dua orang tuaku especially ibuku yang sanggup bersengkang mata menjaga puteri kecilku yang kuat meragam semasa aku masih dalam wad sampai pukul 3.00 pagi berjaga kerana karenah puteri kecilku yang tidak mahu lelapkan mata. Kedua puteraku...yang mengiringi langkahku pada hari aku admitt ward dengan juraian air mata amatlah aku ingati. Kotak mindaku sentiasa memainkan adengan tersebut.

Tak lupa juga kepada keluarga mertuaku. Ibu mertuaku sanggup turun kl dengan bas walaupun beliau menderita sakit lutut kerana aku tidak dapat membawa beliau bersama disebabkan oleh aku membawa 3 orang anak saudaraku serta 2 orang puteraku. Kekangan ruang dalam kenderaanku yang memaksa beliau dan adik iparku terpaksa menapak menaiki bas yang sepatutnya dijadualkan pada pukul 3.00 petang namun bas akhirnya muncul hanya pada pukul 10.00 malam. Bayangkan berapa lama beliau menunggu!!!

Namun insan yang banyak berkorban adalah SUAMIKU...terima kasih kerana beliau sanggup menunggu aku sepanjang aku berada di dalam wad.

Walaupun nampak muka boring...tapi masih sanggup menunggu!!!










Aku discaj pada hari Rabu...malam. Pada hari Khamis aku pulang kerumah kami di Merapoh, Kuala Lipis. Aku diberi MC satu minggu bermula 19 hingga 23hb November 2012. Dapatlah aku berehat 4 hari termasuk hujung minggu. Kami juga berhayat untuk khatankan putera sulung ku pada hari Ahad 25hb November 2012, namun sesungguhnya suratan takdir telah ditentukan walaupun kita merancang sebaik-baiknya. Pada hari Sabtu 24hb November 2012...aku dikhabarkan oleh Kak Anum bahawa nenek kami dimasukkan ke wad kerana mengalami sakit perut yang luarbiasa. Bila di check oleh doktor, beliau didiagnosis terdapat luka pada ususnya. Namun keadaan beliau masih stabil. Pada hari Ahad 25hb November...pukul 8.00 malam, aku terima panggilan dari Kak Anum...nenek aku kritikal sekarang dan telah dipakaikan alat bantuan pernafasan. Ya Allah...macam mana ni??? Aku terasa ingin terbang ketika itu juga, tapi apakan daya, suamiku sakit kepala sampai tak boleh bangun manakala puteriku juga demam kerana diberi suntikan 1 tahun 6 bulan pada hari Jumaat 23hb November 2012. Malam tu memang aku tak boleh lelap...hanya Yang Maha Esa tahu perasaan aku. Suamiku berjanji akan bertolak pagi besok 26hb November..tapi akhirnya pada pukul 1.40 pagi, aku terima panggilan dari Kak Anum...nenekku telah pergi mengadap Illahi pada pukul 1.30 pagi. Aku kelu..kerana aku tak sempat bersama-sama beliau...Ya Allah!

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nenendaku...










Sesungguhnya...baru ku sedar...penangguhan operationku ada hikmahnya. Bayangkan jika aku telah selamat dioperate, pasti keadaan aku tidak mengizinkan dan kekangan yang dialami akan menyebabkan kekalutan...

Apabila difikirkan...sesungguhnya 'Percaturan Yang Maha Kuasa adalah percaturan yang terbaik...'

Sunday, 18 November 2012

TITIPKAN AKU..

Sekarang aku berada dlm wad. Wad kenanga 3B. Sblm melangkah..untaian air mata jatuh jua. Nasib baik bbyku dah terlelap sbb keletihan kerana meragam. Sayu bla ari ini Qaisara Damia mcm dpt rasakan bahawa aku akan tinggalkan dia untuk berjuang. Biasanya klu ada kursus..aku tetap akan membawa jantung hati ku. Kepada keluarga, sahabat handai, teman, rakan dan taulan..doakan aku akan berjaya dalam perjuangan ini. Ya Allah..Ya Rahman...Ya Rahim..kau titipkan kepadaku sedikit kekuatan hamba sekalian alam fanaMU yang indah ini buat diri ini. Singkirkan resahku..gelisahku dan kerisauan ku ini. Kuatkan semangatku..KAU titipkan kekuatan dan semangat dari segenap alam ini. Melalui udara, tanah,langit, air dan api... Salurkan lah tenaga buatku melalui zarah-zarah udara, melalui debuan tanah,melalui sinaran cahaya, melalui titisan-titisan air serta melalui bahang-bahang api buatku. Jadikan aku kaut sekuat besi dan keluli... Ya Allah..sesungguhnya percaturanMU adalah yang terbaik buatku.

Friday, 16 November 2012

Detik itu...

Esok...bermula perjuangan aku yang sebenar. Esok perjln akan bermula.
Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..sesungguhnya hambamu ini seorang yang
lemah. Aku tidak kuat. Semakin detiknya hampir tiba, semakin aku tak
keruan.
Walaubagaimana pun, aku amat bersyukur kerana ramai insan-insan yang
teristimewa dalam hidup aku..mereka sentiasa memberi kata-kata semangat
serta dorongan buat diriku. Terima kasih yang tak terhingga kepada
mereka..sesungguhnya hanya Yang Maha Esa sahaja yang bisa membalas
kasih sayang dari anda semua. Nampak saja aku sentiasa happy..namun
sudah beberapa kali aku tertewas...tertewas kerana air mataku jatuh
jua...
Aku sedar...aku tidak kuat. Namun kasih sayang insan-insan yang
istimewa membuat aku kuat..aku tabah dan aku berjuang demi meneruskan
perjuangan ini. Buat anda semua...doakan kita bisa kembali
SEPERTI DULU... InsyaAllah!

Saturday, 3 November 2012

Janji MU...!!!

Begitu indahnya kehidupan ini. Penuh dengan warna warni. Cantik bukan bunga ini?? Amat cantik!!! Adakah secantik diriku, adakah seindah jiwaku, adakah selembut peribadiku..itu semua tidak dapat ku jawabnya kerana itu semua adalah milikNYA Yang Maha ESA! Aku rasa diri ini cukup sempurna..cukup cantik, cukup baik, cukup lembut.. tapi adakah insan-insan dikelilingku menganggapnya begitu??? Kita memang ingat bahawa kita yang terbaik dan serba sempurna..tapi yang menilainya adalah insan-insan yang berdampingan dengan kita. Namun hanya satu yang perlu kita tahu..bahawa setiap insan punyai kekurangan dan kelebihan. Tapi jika kita mempunyai kelebihan bukanlah bermaksud kita boleh bangga diri, sepatutnya kita perlu berkongsi kehebatan dan kelebihan yang kita miliki itu dengan insan lain. Jika kita memiliki kekurangan, maka seharusnya kita belajar dan menuntut dengan insan-insan yang punyai kelebihan dan kehebatan tersebut. Sebab itu lah ada pepatah mengatakan bahawa 'Tuntutlah ILMU hingga ke Negeri China.' Ini menunjukkan bahawa ilmu itu perlu dicari dan dipelajari sepanjang masa!
Hidup ini juga ibarat sang embun yang hanya menunggu masa untuk gugur ke bumi Yang maha ESA ini. Pabila sang mentari menyinari bumi ini...sang embun walau dengan ketidakrelaan terpaksa gugur ke bumi...begitu jua dengan insan, entah bila masanya, kita tidak pasti..namun janji Yang Maha ESA ialah kita akan tetap akan tempuhi jua saat tersebut. AKU??? Bilakah waktunya...aku jua tidak pasti!!! Apa yang pasti...aku harus persiapkan diri tiap saat...tiap waktu...tiap detik! BERSEDIA??? Tentunya aku jua tidak bersedia! Tapi apakan daya...jika itulah waktu dan tikanya...yang pasti...AKU PASRAH!!! YA ALLAH!!! Sesungguhnya janjimua adalah BENAR!!!

Thursday, 25 October 2012

Salam Adul Adha...

Salam Aidul Adha.. Ya Allah, syukur padamu kerana sekali lagi bersua dan dapat menyambut Aidul Adha pada tahun ini. Tahun ini aku menyambut Aidul Adha di kampungku di Machang. Tahun ini semoga pengorbanan aku untuk menempuhi saat tersebut akan berbaloi Ya Allah...Engkau permudahkan segala urusan yang telah termaktub buat diriku. Sesungguhnya aku berharap ini adalah yang terbaik buatku..doakan aku!

Monday, 22 October 2012

Hari Keluarga SK. Teluk Gunung 2012


 Baby Qaisara Damia yang syok sangat bermandi-manda dlm pool di Sudara Beach Resort, Tok Bali sempena Hari Keluarga 2012 SK.Teluk Gunung pada 20 - 21.10.2012. Memang syok sampai x nak naik. 



Bersantai di salah sebuah restoran yang berada di Tok Bali kerana anak-anak kelaparan setelah berendam dalam pool . Terpaksa merayap keluar resort utk cari makan mengalas perut mereka yang lapar sementara menunggu Dinner pukul 8.30 mlm nnt.



Dinner Hari Keluarga SK. Teluk Gunung 2012. Anakanda yang sulung hilang entah kemana dah sebab dah berjumpa ngan geng yang se'kepala' dengan dia jadi...hilang sokmolah weh sampai tak dan nak snap gambar ngan dia.



Tengah memujuk baby Qaisara Damia yang nak mengikut abahnya pegi jumpa kawanyan. Memang susahlah nak lepaskan diri...!!! 


Friday, 19 October 2012

My lovely hubby Mr. Nazri bin Hj Daud n my sweet princess Nur Qaisara Damia With my Boss. Very sporting bos n sahabatku Dida Zain
Thank you!!!
Pagi Jumaat yang suram. Hujan membasahi bumi walaupun rintik-rintik hujan yang menyapa bumi dan menyirami daunan serta rumput. Angin lesu menghembus bayu pagi selesu dan sesuram sang matahari. Namun Alhamdulillah..walaupun keadaan suram, aku tetap aku! Aku tetap bernyanyi riang seriang cengkerik yang menemani malam. Pagi aku dimulakan dengan ungkapan Bismillahhirrahman- nirrahim sebagai tanda aku ingin melangkah pergi dan sebagai pemula agar hari aku akan dipermudahkan olehNya. Seusai aku di pejabat..terlihat olehku akan kalendar yg berada di sisi mejaku. 19 Oktober 2012!!! Alangkah cepat masa berlalu..tanpa disedari atau sengaja tidak menyedari aku termenung seketika. Oh...satu keluhan yang terkeluar dari bibirku. Lantas aku terkesima..' Ya Allah..ampunkan hamba mu ini yang teralpa seketika kerana mengeluh atas percaturan yang telah Engkau berikan. Sesungguhnya aku tidak sepatutnya begini Ya Allah!' " Hem..x lama dah kan Dida.. Sebln jer lagi." Ungkapku pada sahabatku. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana aku dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa ada disisi dikala aku 'teralpa'. Insan-insan ini adalah suami, anak- anak, keluarga serta sahabat-sahabat aku yang baik. Yang paling dekat dgn aku sekarang adalah Dida..walaupun usia beliau lebih muda..tapi beliau telah menyedarkan aku bahawa orang yang lebih muda jangan di pandang sebelah mata. Kadang kala org yg lebih muda lebih mengetahui dan lebih berilmu. Kerana itu aku akan berkongsi rasa dan sering bertanya padanya. Sebab itu aku sering katakan bahawa Allah S.W.T sayang akan aku kerana tidak pernah biarkan aku BERSENDIRI.

Wednesday, 17 October 2012

Happy birthday!!!

Alhamdulillah kerana masih lagi dpt melihat alam yg fana ini. Syukur tak terhingga juga kerana masih diberi kesempatan utk menyambut hari lahir my lovely hubby. Tahun ini merupakan tahun yang ke 12 aku menyambut hari lahir beliau. Ya Allah... Terima kasih kerana menjodohkan aku dgn seorang insan yg sempurna dimata aku. Sudah 12 tahun bersama dan tempuhi segala suka duka bersama. Beliau sentiasa ada disisi walau apapun yang mendatang. Terima kasih to my lovely hubby and wish u always success!! We always with u no matters what..no matters when! Muaahhh

Tuesday, 16 October 2012

Salam perkenalan...

Hi..im a new blogger. Hanya ingin berkongsi rasa betapa aku bersyukur
dpt bernafas di dunia yg fana ini.
Sehingga saat ini, aku masih mampu menempuhi segala macam dugaan dan cabaran
yang mendatang. Alhamdulillah Allah masih syg padaku kerana memberi aku
dugaan dan cabaran. Yelah..kan setiap cabaran dan dugaan itu adalah tanda
bahawa Allah S.W.T sayangkan hambanya!
Teman2, sahabat handai serta rakan taulan mengenali aku kerana aku seorang
yang happy go lucky ( ye ke??? ) Of course lah!!! Hahaha...perasan ker??

Ok lah..cukuplah buat masa sekarang. Ketemu tomorrow! Moga ramai yg nak follow
I pye story morry..( huh! Rosak bahasa...tau x per!!)
Yelah sbb ari ni opening nye aje...storynya menyusul kemudian!!

Hi...im a new blogger!! yeehaaa

Hi..hi..but no bye..bye

Hi...im a new blogger!! yeehaaa

Hi..hi..but no bye..bye