Saturday, 3 November 2012
Janji MU...!!!
Begitu indahnya kehidupan ini. Penuh dengan warna warni. Cantik bukan bunga ini?? Amat cantik!!! Adakah secantik diriku, adakah seindah jiwaku, adakah selembut peribadiku..itu semua tidak dapat ku jawabnya kerana itu semua adalah milikNYA Yang Maha ESA! Aku rasa diri ini cukup sempurna..cukup cantik, cukup baik, cukup lembut.. tapi adakah insan-insan dikelilingku menganggapnya begitu??? Kita memang ingat bahawa kita yang terbaik dan serba sempurna..tapi yang menilainya adalah insan-insan yang berdampingan dengan kita.
Namun hanya satu yang perlu kita tahu..bahawa setiap insan punyai kekurangan dan kelebihan. Tapi jika kita mempunyai kelebihan bukanlah bermaksud kita boleh bangga diri, sepatutnya kita perlu berkongsi kehebatan dan kelebihan yang kita miliki itu dengan insan lain. Jika kita memiliki kekurangan, maka seharusnya kita belajar dan menuntut dengan insan-insan yang punyai kelebihan dan kehebatan tersebut. Sebab itu lah ada pepatah mengatakan bahawa 'Tuntutlah ILMU hingga ke Negeri China.' Ini menunjukkan bahawa ilmu itu perlu dicari dan dipelajari sepanjang masa!
Hidup ini juga ibarat sang embun yang hanya menunggu masa untuk gugur ke bumi Yang maha ESA ini. Pabila sang mentari menyinari bumi ini...sang embun walau dengan ketidakrelaan terpaksa gugur ke bumi...begitu jua dengan insan, entah bila masanya, kita tidak pasti..namun janji Yang Maha ESA ialah kita akan tetap akan tempuhi jua saat tersebut. AKU??? Bilakah waktunya...aku jua tidak pasti!!!
Apa yang pasti...aku harus persiapkan diri tiap saat...tiap waktu...tiap detik! BERSEDIA??? Tentunya aku jua tidak bersedia! Tapi apakan daya...jika itulah waktu dan tikanya...yang pasti...AKU PASRAH!!!
YA ALLAH!!! Sesungguhnya janjimua adalah BENAR!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment