Friday, 16 November 2012

Detik itu...

Esok...bermula perjuangan aku yang sebenar. Esok perjln akan bermula.
Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..sesungguhnya hambamu ini seorang yang
lemah. Aku tidak kuat. Semakin detiknya hampir tiba, semakin aku tak
keruan.
Walaubagaimana pun, aku amat bersyukur kerana ramai insan-insan yang
teristimewa dalam hidup aku..mereka sentiasa memberi kata-kata semangat
serta dorongan buat diriku. Terima kasih yang tak terhingga kepada
mereka..sesungguhnya hanya Yang Maha Esa sahaja yang bisa membalas
kasih sayang dari anda semua. Nampak saja aku sentiasa happy..namun
sudah beberapa kali aku tertewas...tertewas kerana air mataku jatuh
jua...
Aku sedar...aku tidak kuat. Namun kasih sayang insan-insan yang
istimewa membuat aku kuat..aku tabah dan aku berjuang demi meneruskan
perjuangan ini. Buat anda semua...doakan kita bisa kembali
SEPERTI DULU... InsyaAllah!

1 comment:

  1. syafakillah syifaan ajilan,syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman...( Semoga Allah menyembuhkanMu secepatnya,dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya )....

    ReplyDelete