Alhamdulillah..pembedahan aku ditangguhkan. Syukur yang tak terhingga kerana ditangguhkan...Ameen...Ameen...Ameen!!( Walaupun Februari 2013 telah ditetapkan )
Setelah aku dibenarkan discaj ( walaupun sanggup tunggu doktor utk bagi result leh discaj pada kul 10.00 malam )semua ahli keluarga aku mula membawa haluan masing-masing dengan perasaan yang xtra sangat bersyukur. Sesungguhnya aku amat berterima kasih pada semua yang sanggup 'turun' untuk bagi semangat dan dorongan. Tak lupa juga pada sahabat aku...CT FATMAH dan AZIE yang sanggup bersama aku. Azie n Jai serta anak-anak tanpa jemu datang melawat aku saban hari..jasa kalian hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu membalasnya!
Kepada family serta yang paling utama kedua-dua orang tuaku especially ibuku yang sanggup bersengkang mata menjaga puteri kecilku yang kuat meragam semasa aku masih dalam wad sampai pukul 3.00 pagi berjaga kerana karenah puteri kecilku yang tidak mahu lelapkan mata. Kedua puteraku...yang mengiringi langkahku pada hari aku admitt ward dengan juraian air mata amatlah aku ingati. Kotak mindaku sentiasa memainkan adengan tersebut.
Tak lupa juga kepada keluarga mertuaku. Ibu mertuaku sanggup turun kl dengan bas walaupun beliau menderita sakit lutut kerana aku tidak dapat membawa beliau bersama disebabkan oleh aku membawa 3 orang anak saudaraku serta 2 orang puteraku. Kekangan ruang dalam kenderaanku yang memaksa beliau dan adik iparku terpaksa menapak menaiki bas yang sepatutnya dijadualkan pada pukul 3.00 petang namun bas akhirnya muncul hanya pada pukul 10.00 malam. Bayangkan berapa lama beliau menunggu!!!
Namun insan yang banyak berkorban adalah SUAMIKU...terima kasih kerana beliau sanggup menunggu aku sepanjang aku berada di dalam wad.
Walaupun nampak muka boring...tapi masih sanggup menunggu!!!
Aku discaj pada hari Rabu...malam. Pada hari Khamis aku pulang kerumah kami di Merapoh, Kuala Lipis. Aku diberi MC satu minggu bermula 19 hingga 23hb November 2012. Dapatlah aku berehat 4 hari termasuk hujung minggu. Kami juga berhayat untuk khatankan putera sulung ku pada hari Ahad 25hb November 2012, namun sesungguhnya suratan takdir telah ditentukan walaupun kita merancang sebaik-baiknya. Pada hari Sabtu 24hb November 2012...aku dikhabarkan oleh Kak Anum bahawa nenek kami dimasukkan ke wad kerana mengalami sakit perut yang luarbiasa. Bila di check oleh doktor, beliau didiagnosis terdapat luka pada ususnya. Namun keadaan beliau masih stabil. Pada hari Ahad 25hb November...pukul 8.00 malam, aku terima panggilan dari Kak Anum...nenek aku kritikal sekarang dan telah dipakaikan alat bantuan pernafasan. Ya Allah...macam mana ni??? Aku terasa ingin terbang ketika itu juga, tapi apakan daya, suamiku sakit kepala sampai tak boleh bangun manakala puteriku juga demam kerana diberi suntikan 1 tahun 6 bulan pada hari Jumaat 23hb November 2012. Malam tu memang aku tak boleh lelap...hanya Yang Maha Esa tahu perasaan aku. Suamiku berjanji akan bertolak pagi besok 26hb November..tapi akhirnya pada pukul 1.40 pagi, aku terima panggilan dari Kak Anum...nenekku telah pergi mengadap Illahi pada pukul 1.30 pagi. Aku kelu..kerana aku tak sempat bersama-sama beliau...Ya Allah!
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nenendaku...
Sesungguhnya...baru ku sedar...penangguhan operationku ada hikmahnya. Bayangkan jika aku telah selamat dioperate, pasti keadaan aku tidak mengizinkan dan kekangan yang dialami akan menyebabkan kekalutan...
Apabila difikirkan...sesungguhnya 'Percaturan Yang Maha Kuasa adalah percaturan yang terbaik...'


No comments:
Post a Comment