Salam Penuh Kasih Sayang...
Pagi semalam aku menerima PM ( Private Massage ) dalam facebook dari salah seorang sahabatku. Satu mesej yang ringkas...tapi amat..amat..AMAT..merentap jiwa. Ya..memang aku tersentap, terkejut, terperanjat malah semua yang TER...lah.
Catatan mesej tersebut menyatakan bahawa salah seorang sahabat aku yang paling rapat berada dalam keadaan yang TENAT! Ya...tenat! Memang sebelum ini aku tahu beliau sakit. Tapi tidak aku sangka..sampai begini sekali keadaannya. Apa yang aku tahu..beliau juga baru lepas menjalani pembedahan sebulan sebelum aku menjalani pembedahan.
Lepas beliau menjalani pembedahan..aku sempat bertanya khabar tentang keadaannya. Beliau menyatakan bahawa pembedahannya berjaya mengeluarkan tumor yang berada di kepala iaitu di belakang mata beliau. Masa aku mendengarnya..aku bersyukur..."Ya Allah..sesungguhnya aku bersyukur kepadamu..sesungguhnya ujian yang telah Engkau titipkan pada aku hanyalah sebesar zarah..namun aku menganggap ujian tersebut sebesar-besarnya dan aku alpa serta lupa bahawa ada insan lain yang lagi hebat ujiannya. Ampunkanlah hambamu yang terleka ini Ya Allah.."
Namun apa yang aku bersyukur sangat..semalam aku sempatlah menjenguk beliau yang terlantar di rumahnya kerana kebetulan aku berada di kampung semalam. Selepas mendapat mesej tersebut..terus aku mengajak suamiku untuk menjenguk beliau. Tidak di nafikan..air mataku gugur jua kala aku melihatnya terbujur kaku diperbaringan. Suaminya serta anak-anak setia berada disisi menemaninya. Memang tanpa boleh diseka, air mata jernih ini jatuh jua..walau aku tekad sebelumnya untuk tidak akan menitiskan air mata..namun..aku tewas!
![]() |
| Bersama sahabat baikku! Beliau tiga dari kiri. |




