Andai kita berpijak di bumi Allah S.W.T ini...pandanglah juga pada bumi yang mempunyai banyak kelebihan. Rumput yang menghijau..pasir yang hangat..batuan yang keras serta tanah yang gebu. Jangan hanya berjalan dengan muka menongak ke langit. Rasanya tak salah kalau sekali-sekala pandanglah juga ke bawah...manalah tahu andai semasa kaki memijak bumi..ada duri ke...ada paku ke...manalah tahu kan.
Begitu jugalah dengan kita...walau setinggi mana kedudukan kita..mampukah kita buat tugas-tugas orang bawahan kita. Begitu juga dengan orang bawahan...mampu ke teraju atau mengemudi kerja yang di atas?? Pendek kata...kita hidup di muka bumi ini saling perlu memerlukan antara satu sama lain..saling melengkapi sesama kita...saling berganding bahu bak kata pepatah...berat sama dipikul..ringan sama dijinjing.
Kedudukan bukanlah selamanya...ibarat roda yang berputar..sentiasa berpusing..andai tidak berpusing, mampukan roda tersebut membawa bebanannya. Sebab itulah roda itu diciptakan bulat..andai segi tiga..segi empat tepat waima heksagon sekali pun..manakan mampu benda alah ini semua membawa bebanan tersebut. Nak tak nak...kederat manusialah yang kena bawanya.
Besar sangat ke kedudukan sampai ego begitu sekali! Cuba pergi ke Mekah...besar mana pun pangkat anda...tetap memakai pakaian berwarna putih!! Ini bermakna...pangkat bukan boleh menjamin segalanya. Mungkin pangkat kita tinggi kat tempat kita..tapi bila pergi tempat lain...pangkat kita hanya sekecil zarah je jika di bandingkan dengan orang lain.
Manusia...bila EGO menguasai diri...kononnya kita lah yang paling berkuasa!! Hampeh!
Ada ke dalam undang-undang..ada ke dalam kitab..bila kita berada di atas..dah tak perlu orang lain. Hebat sangat ke ??? Sampai habis kerja orang lain kita nak buat...tapi kerja sendiri..orang bawah ni jugaklah yang kena settle. Bisu ke mulut andai mengeluarkan ayat-ayat yang sedap didengari oleh telinga! Cuba cakap elok-elok sikit! Bukankah orang Melayu kaya dengan adap dan sopan, bahasa yang indah untuk didengar. Tak akan kurang sikitpun andai berbahasa...bukan satu dosa pun KAN!!!
Bukan apa..tetiba jer ari ni macam gelora sikit hati. Rasa cam na ribut CATRINA je. Nape ngan 'geng' cik kiah tu..hilang abis segala pangkat...segala ego yang ke langit!! Boleh pulak!!! Hangin tul ler...
Jadi...sahabat semua..pandangan mata hendaklah sejajar supaya kita dapat melihat sekeliling kita. Dengan cara tersebut sahaja kita dapat menghayati keindahan dan kebesaran Ilahi..betapa banyaknya hidupan lain yang indah..cantik serta mempesonakan. Ingat lah...langit tidak selalunya cerah serta burung tidak akan selalu terbang tinggi kerana sampai masa..akan memijak di bumi jugak!!!

No comments:
Post a Comment