Monday, 31 March 2014

Ayahanda Tercinta!!

Emmm...rasa sedih menguasai diri. Tetiba hati ini teringat akan ayahanda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 23 Mac 2014 pada jam 10.15 pagi. Sedih sebab x sempat bertemu beliau buat kali terakhir...untuk memohon ampun dan maaf sebelum beliau menutup mata buat selama-lamanya.

Namun aku redha dengan pemergian beliau. Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul. Walau bibir mengucapkan redha...tapi hati tetap tak mahu melepaskan pemergian beliau. Namun apakan daya...kita tidak boleh melawan takdir. Mungkin itu adalah terbaik buatnya!

Apa yang penting...kami adik beradik...semuanya cuba lakukan yang terbaik semasa beliau dalam keadaan tenat. Penat lelah sekali pun..kami tetap menjalankan tugas menjaga beliau.

Sekarang...apa yang mampu kami lakukan adalah tetap mendoakan serta sedekahkan walaupun Al-Fatihah sekalipun...kami tidak pernah lupa dan alpa untuk dititipkan buat beliau. Kerana beliau adalah seorang bapa yang terbaik buat kami!

Abah! Ketahuilah...kami tetap rindukan abah!

Kadang...air mata tetap mengalir di pipi pabila terpaan wajah abah bermain dikotak fikiran...

Bagaikan tayangan wayang...wajah abah datang menerpa fikiran. Wajah abah buat kali terakhir sebelum kapan ditutup...amat kacak...amat tenang...amat putih dan bersih!

Wajah itu lah yang bermain difikiran sekarang...

Abah...di wajah itu...tiada langsung kesakitan yang abah alami selama ini...hanya tinggal wajah yang amat tenang...seperti sedang lena dibuai mimpi yang indah...

Abah...tenanglah abah di sana..moga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh! Amin Ya Rabbalalamin!

Sayang abah!!!