Friday, 19 October 2012

Pagi Jumaat yang suram. Hujan membasahi bumi walaupun rintik-rintik hujan yang menyapa bumi dan menyirami daunan serta rumput. Angin lesu menghembus bayu pagi selesu dan sesuram sang matahari. Namun Alhamdulillah..walaupun keadaan suram, aku tetap aku! Aku tetap bernyanyi riang seriang cengkerik yang menemani malam. Pagi aku dimulakan dengan ungkapan Bismillahhirrahman- nirrahim sebagai tanda aku ingin melangkah pergi dan sebagai pemula agar hari aku akan dipermudahkan olehNya. Seusai aku di pejabat..terlihat olehku akan kalendar yg berada di sisi mejaku. 19 Oktober 2012!!! Alangkah cepat masa berlalu..tanpa disedari atau sengaja tidak menyedari aku termenung seketika. Oh...satu keluhan yang terkeluar dari bibirku. Lantas aku terkesima..' Ya Allah..ampunkan hamba mu ini yang teralpa seketika kerana mengeluh atas percaturan yang telah Engkau berikan. Sesungguhnya aku tidak sepatutnya begini Ya Allah!' " Hem..x lama dah kan Dida.. Sebln jer lagi." Ungkapku pada sahabatku. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana aku dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa ada disisi dikala aku 'teralpa'. Insan-insan ini adalah suami, anak- anak, keluarga serta sahabat-sahabat aku yang baik. Yang paling dekat dgn aku sekarang adalah Dida..walaupun usia beliau lebih muda..tapi beliau telah menyedarkan aku bahawa orang yang lebih muda jangan di pandang sebelah mata. Kadang kala org yg lebih muda lebih mengetahui dan lebih berilmu. Kerana itu aku akan berkongsi rasa dan sering bertanya padanya. Sebab itu aku sering katakan bahawa Allah S.W.T sayang akan aku kerana tidak pernah biarkan aku BERSENDIRI.

3 comments:

  1. acecece...ayat bm power woo..kalah Azhan..hahaha..
    anyway...im very proud wif u la sis!!bukan sume org dpt lalui ujian mcm ni...bersyukur la saat diuji...
    Allah sayangkan kita,maka Dia berikan ujian..supaya
    hambaNya sentiasa dekat denganNya...tanda Dia rindukan kita sebagai hambaNya..La Tahzan Inaallah Ma'ana...sesungguhnya Allah tu sgt dekat dengan kita..sgt2 dekat...kita je slalu wat dunno...hehehe...jom u-turn balik ke jalan yang sebenarnya...hehehe

    ReplyDelete
  2. Wokeh lah klu cam tu..i uat u turn lah. Tp u drive sbb u kan driver berhemah! Ayat saja nak calen Azhan..nak test ke'karatan' otak ni..masih sastera atau x dah...hahaha.

    ReplyDelete
  3. i'll 'drive' by myself..u with ur own way...hahaha....cinta hati sy xkan biarkan sy keseorangan utk u-turn,he always be there 4 me...cewaahhh...Azhan kalo bace ni,nanges la...hahaha...ayat super premix dah ni...hahaha

    ReplyDelete